BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.

Wednesday, November 22, 2017

Astro Oasis, Halal Bio: Homeopati

Homeopati

Posted by Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur Nik Omar on Tuesday, November 21, 2017

Monday, March 13, 2017

Masalah Tidur

Apa Itu Insomnia?

Insomnia adalah sejenis penyakit tidak boleh tidur atau gangguan tidur. Penyakit ini boleh terjadi disebabkan oleh gangguan kepada mental atau fizikal seseorang.

Jenis-Jenis Insomnia

Terdapat 2 jenis insomnia iaitu insomnia jangka pendek atau jangka panjang. Kebiasaannya Insomnia jangka pendek ini disebabkan oleh orang-orang yang mengalami tekanan kepada mental, manakala Insomnia jangka panjang disebabkan oleh gangguan  fizikal.

Penyebab Penyakit Insomnia atau Susah Tidur

Salah satu faktor penyebab Insomnia ialah gangguan mental seperti tekanan ditempat kerja, tekanan keluarga, tekanan diadalam perhubungan atau tekanan kawan-kawan. Perasaan ketakutan atau cemas ini boleh menyebabkan hilangnya perasaan mengantuk dan ini menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur atau sering terjaga diwaktu malam. Kemurungan juga boleh menjadi faktor penyebab kepada Insomnia yang teruk.

Selain gangguan mental, gangguan fizikal juga boleh menjadi faktor penyebab Insomnia seperti  menderita penyakit tertentu. Penyakit paru-paru, asma, gastrik atau tidak dapat bernafas dengan baik juga boleh  menjadi penyebab kepada penderitanya susah tidur.

Perubahan pola tidur seperti migrasi ke tempat lain yang mempunyai suhu yang berbeza juga boleh menjadi faktor penyebab gangguan tidur.

Cara pemakanan atau diet yang tidak sihat juga boleh mengganggu masalah tidur seperti makan terlampau banyak makan. Bagi sesetengah orang perut yang kenyang menyebabkan susahnya untuk tidur tetapi sesetengah pula senang untuk tidur. Makanan atau minuman  yang mengandungi kafein juga boleh menjadi faktor penyebab Insomnia.

Faktor persekitaran seperti keadaan tempat tidur yang panas, terlampau sejuk, kurang bersih atau pasangan yang berdengkur dengan kuat boleh menjadi penyebab hilangnya rasa mengantuk dan mengganggu tidur seseorang.

Cara Mengatasi Masalah Tidur ( Insomnia )

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tidur, salah satu melalui kaedah Akupuntur dan Homeopathy. Melalui kaedah Akupunktur ada beberapa titik yang perlu dirangsang menggunakan jarum akupunktur. Rangsangan dititik tertentu pada badan pesakit boleh mengurangkan atau menghilangkan terus penyakit Insomnia diikuti oleh pengambilan Homeopathic  Remedy (remedi homeopati).


NLH