BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.