BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.

Tuesday, January 21, 2014

Multiple Sclerosis, MS

MS atau Multiple Sclerosis merupakan sejenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imunisasi tubuh badan manusia. MS adalah penyakit autoimunisasi yang menyerang system saraf pusat otak dan saraf tunjang. Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan Myelin iaitu sejenis selaput yang mengelilingi atau melindungi saraf pada sistem saraf pusat. Saraf berfungsi untuk menghantar 'mesej' atau impuls dari otak atau ke otak. Apabila selaput yang mengelilingi saraf ini rosak (myelin) ia menyebabkan bocornya laluan untuk menghantar impuls ke sesuatu tempat dan akhirnya terjadilah gangguan MS ini. Kerosakan ini ibarat seperti luka dan meninggalkan parut atau kesan pada otak dan saraf tunjang (spinal cord).  Apabila mesej tidak dapat disampaikan dengan tepat, berlakulah kerosakan pada sistem imunisasi tubuh dimana sistem imunisasi tubuh tidak dapat mengenal pasti yang mana sel-sel baik atau sel-sel jahat.



Jarang penyakit ini menyerang penduduk di Malaysia, kebanyakkan pesakit ini terdiri dari mereka yang berasal dari Eropah Utara dan benua Amerika Utara.

Antara Simptom-Simptom MS adalah seperti:

  • Hilang keseimbangan tubuh badan
  • Lemah otot
  • Kekejangan
  • Hilang daya angkat
  • Kebas
  • Pergerakan dan percakapan menjadi lambat
  • Kabur penglihatan
  • Bebola mata bergerak secara tidak normal
  • Pening (vertigo)
  • Keletihan melampau

Cadangan Rawatan

Terdapat 2 jenis rawatan yang boleh digunakan iaitu Acupucnture dan Homeopathic Remedies. Melalui rawatan Akupunktur kita dapat merangsang saraf atau mengaktifkan saraf. Dan yang kedua pula kita akan memberi rawatan atau ubat-ubatan Homeopathy yang dapat bergerak dari dalam, Insyaallah dapat disembuhkan.

Ingat Allah tidak jadikan penyakit itu tanpa ubatnya. Persoalannya disini, adakah tiada ubat atau kamu tidak ketemui ubat itu.

1962[Bukhari 5678] Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi Saw pernah bersabda: "Allah tidaklah menurunkan suatu penyakit melainkan Dia juga menurunkan ubatnya".
 

NLH

 

 

 

 

Keloid

Keloid adalah bahagian kulit yang menggelembung akibat dari kesan luka. Ia seperti tumbuhnya suatu benjolan pada permukaan kulit (merupakan bekas luka hipertrofik). Ini berlaku apabila jaringan kulit tambahan tumbuh pada permukaan kulit. Disebabkan oleh pertumbuhan dari proliferatif (perbanyak) yang berasal dari jaringan fibrosa (jaringan ikat pada kulit) setelah mengalami penyembuhan dari luka. Keloid boleh terjadi disebabkan oleh luka, kemalangan, terbakar, kesan jerawat, kesan cacar air, gigitan serangga, tattoo dan vaksinasi.
Keloid boleh dikatakan sebahagian dari tumor jinak (benign) pada kulit namun keloid tidak sampai membahayakan nyawa seseorang. Jika keloid tumbuh lebih dari 1 ia dikenali sebagai Keloidosis. Keloid boleh tumbuh dimana-mana bahagian tubuh seperti leher (dimana kelenjar getah bening berada), telinga , tangan , punggung, dan perut.
Doktor tidak mengetahui dengan pasti mengapa keloid hanya terjadi kepada orang tertentu atau ditempat tertentu dan bukannya kepada orang-orang lain.
Faktor penyebab keloid belum dapat diketahui secara nyata dan terbukti, namun berkemungkinan besar disebabkan oleh radangan. Dan salah satu faktor penyebab keloid ialah faktor genetik.
Keloid boleh diubati atau dibuang melalui beberapa cara seperti pembedahan atau dengan mengambil remedi Homeopathy (Homepathic Remedies). Melalui kaedah Homeopathy, kita akan memberi beberapa remedi untuk pesakit dan pesakit hendaklah mengambil selama beberapa hari atau minggu atau mungkin berbulan. Insyaallah keloid dapat disembuhkan.
 
NLH