BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.

Monday, February 17, 2014

Diabetes Mellitus

Kencing Manis


Penyakit Kencing Manis atau dikenali sebagai Diabetes Mellitus adalah sejenis penyakit dimana kandungan glukosa yang tinggi didalam darah. Ia terjadi disebabkan oleh kegagalan pankreas untuk menghasilkan insulin atau tidak dapat menghasilkan insulin secukupnya atau sel tidak dapat bertindak balas terhadap insulin yang dihasilkan.


Kencing Manis atau diabetes berasal daripada perkataan Yunani (Greek) iaitu diabetes yang bererti pancutan air dan mellitus bererti terdapat gula dalam air kencing. Diabetes dijumpai oleh Areteus iaitu seorang yang pakar dalam perubatan Yunani dari Cappadocia sejak 2000 hingga 3000 tahun dahulu.


Sebab terjadinya penyakit kencing manis ialah cara pemakanan yang tidak sihat, infeksi, kemalangan, genetik dan lain-lain.





Kencing manis adalah salah satu penyakit yang kronik. Ia boleh dikawal melalui penjagaan pemakanan, berat badan, sentiasa bersukan, kurangkan makanan berlemak dan berkalori.


Melalui rawatan yang biasa digunakan, suntikan insulin diperlukan untuk merawat penyakit ini. Fungsi insulin adalah untuk merangsang penukaran glukosa kepada glikogen dan merangsang pengoksidaan glukosa untuk repirasi sel atau merangsang glukosa kepada tenaga. Apabila kandungan glukosa tinggi dalam darah, sel-sel Langerhans beta akan merembeskan lebih banyak hormon insulin untuk menukarkan glukosa kepada glikogen dan paras glukosa dalam darah akan kembali normal. Apabila paras glukosa didalam darah terlalu rendah, sel-sel Langerhans alfa akan merembeskan lebih banyak hormon glukagon dimana ia berfungsi untuk menukarkan glikogen kepada glukosa.


Rawatan alternatif:
Kaedah rawatan Homeopathy adalah salah satu kaedah terbaik untuk merawat kencing manis atau diabetes mellitus. Salah satu remedinya yang terbaik ialah Syzygium Jambolanum.





Disamping rawatan Homeopathy, terapi akupunktur juga boleh menurunkan tahap kandungan gula dalam darah dengan lebih berkesan. Terdapat beberapa point Akupunktur yang boleh digunakan terutama di bahagian kaki.


NLH





No comments:

Post a Comment