Selangor, | Petaling Jaya IPU: | 108*(7am) | 125*(11am) |
Kelantan, | SMK Tanjung Chat, Kota Bharu | IPU: 70* (7am) | 71* (11am) |
Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara berada didalam keadaan yang tidak baik dan tidak sihat serta mengandungi bahan-bahan tercemar akibat kesan dari pembakaran terbuka.
Bahan-bahan tercemar itu seperti berikut:
- Partikel-partikel halus yang berukuran kurang dari 10mm/m3
- Gas Karbon monoksida
- Ozon
- Gas Nitrogen dioksida
- Sulfur dioksida
Pengukuran pencemaran udara yang digunapakai ialah IPU (indeks Pencemaran Udara) berikut ialah nilai IPU dan kesannya:
Nilai IPU
|
Status Kualiti Udara
|
Diskripsi
|
0 hingga 50
|
Baik
|
–
|
51 – 100
|
Sederhana
|
–
|
101 – 200
|
Tidak sihat
|
Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
|
201 – 300
|
Sangat tidak sihat
|
Orang ramai terjejas
|
Lebih daripada 300
|
Bahaya
|
Orang ramai terjejas
|
Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;
- Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk.
- Sukar bernafas atau sesak nafas.
- Mata pedih dan berair.
- Hidung berair dan kerap bersin.
- Kulit badan terasa gatal-gatal.
- Gatal–gatal pada tekak
- Gatal–gatal pada mata
- Sakit-sakit dada
- Selesema
Siapa yang berisiko ?
Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk:- Kanak–kanak
- Warga emas
- Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
- Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
- Perokok
Pencegahan
Tindakan Semasa Jerebu
- Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah
- Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, orang awam dinasihatkan menggunakan penutup hidung dan mulut (mask) jenis 3 ply
- Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok
- Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi (mode) kitaran udara dalaman
- Banyak minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
- Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
- Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
- Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
- Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.
NLH
No comments:
Post a Comment