BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.

Thursday, January 10, 2013

Temuramah oleh pelajar KUIS

Interview

Ditemuramah oleh pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) tentang perubatan alternatif iaitu Acupuncture. HDr Nik Lukman memberi penerangan tentang sejarah dan perkembangan perubatan Acupuncture di Malaysia. Demonstrasi oleh HDr Shafiqa.



 
 
Terima kasih kepada pelajar dari KUIS terutama Cik Munirah kerana berminat untuk membuat liputan tentang perubatan Akupunktur. Diharap dokumentari tersebut dapat disiapkan dengan sempurna, semoga mendapat keputusan yang cemerlang.
 
 
NLH


No comments:

Post a Comment