BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.

Sunday, June 23, 2019

Hypertensi / Darah Tinggi

Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.

Jantung kita bertugas untuk mengepam darah di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah diambil dalam dua bacaan contohnya 120/80

Tekanan sistolik – tekanan ketika jantung mengepam.

Tekanan darah diastolik – tekanan ketika jantung berehat.

Apakah kesan Hypertensi atau Darah Tinggi?

Boleh menyebabkan sakit kepala, sakit badan, lenguh-lenguh, sakit belakang kepala, sakit dikawasan tengkuk, mual, muntah, strok dan lain-lain lagi.

Cara Rawatan

Darah tinggi boleh dirawat melalui beberapa kaedah seperti Acupuncture dan Homeopathic Remedies. Kaedah perubatan ini tidak memberi kesan sampingan yang tidak baik kepada tubuh badan manusia.

Buah buahan seperti timun batang, epal, sunflower seeds, kentang, kacang puteh dan lain-lain lagi juga membantu merawat penyakit darah tinggi.

Thursday, April 5, 2018

Shakira Gnius Plus



Shakira Gnius Plus, produk supplement untuk minda sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Sangat sesuai untuk anak-anak yang malas, lemah daya ingatan, selalu mengantuk, masalah kelesuan dan tidak dapat fokus dalam pelajaran.



Kelebihan Shakira Gnius Plus ialah dapat membantu:
Meningkatkan kecerdasan otak, menguatkan ingatan, meningkatkan IQ, meningkatkan daya kreativiti dan mengurangkan kelesuan. Diperbuat daripada herba rimba tropika. Produk ini selamat digunakan untuk semua lapisan masyarakat.

Hubungi kami
Tel: 0389255822
H/p: 0182888379
H/p: 0192294556
Tel: 097657777 (Cawangan Kota Bharu)

Akupuntur untuk Frozen Shoulder

Acupuncture sesuai untuk masalah frozen shoulder, sakit bahu, sakit belakang, lenguh2 atau sakit saraf. Pesakit ini buat akupuntur untuk masalah sakit bahu. Setelah 5 kali buat telah beransur pulih.
Alhamdulillah


Bell's Palsy

Bell palsy adalah gangguan yang berlaku pada otot dan saraf muka. Kebiasaannya bell palsy terjadi hanya pada satu bahagian muka sahaja. Ia boleh terjadi di bahagian kanan atau kiri muka. Kelumpuhan pada salah satu bahagian muka ini juga dikenali sebagai herot muka. Apabila ini terjadi, segera lah berjumpa dengan doktor anda.


Ada beberapa komplikasi yang mungkin akan terjadi akibat daripada penyakit Bell’s palsy iaitu:

 1. Gangguan pada bebola mata
2. Kesulitan untuk makan, mi...num, dan berbicara.
3. Kelemahan atau kelumpuhan otot
4. Otot muka menjadi berkedut.
5. Kemampuan deria rasa menurun.
6. Kelopak mata tidak dapat tutup dengan rapat.
7. Air liur mungkin meleleh keluar.



Rawatan Homeopathy dan Acupuncture merupakan salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk penyakit bell palsy atau herot muka ini. Datang ke Pusat Rawatan kami dengan kadar segera, InsyaAllah ada kesembuhan disitu.


What is Bell's Palsy?

“Bell’s Palsy is a condition that causes a temporary weakness or paralysis of the muscles in the face. It can occur when the nerve that controls your facial muscles becomes inflamed, swollen, or compressed. The condition causes one side of your face to droop or become stiff.”

NLH

 Tel: 0192294556 or 0389255822

Wednesday, November 22, 2017

Astro Oasis, Halal Bio: Homeopati

Homeopati

Posted by Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur Nik Omar on Tuesday, November 21, 2017

Monday, March 13, 2017

Masalah Tidur

Apa Itu Insomnia?

Insomnia adalah sejenis penyakit tidak boleh tidur atau gangguan tidur. Penyakit ini boleh terjadi disebabkan oleh gangguan kepada mental atau fizikal seseorang.

Jenis-Jenis Insomnia

Terdapat 2 jenis insomnia iaitu insomnia jangka pendek atau jangka panjang. Kebiasaannya Insomnia jangka pendek ini disebabkan oleh orang-orang yang mengalami tekanan kepada mental, manakala Insomnia jangka panjang disebabkan oleh gangguan  fizikal.

Penyebab Penyakit Insomnia atau Susah Tidur

Salah satu faktor penyebab Insomnia ialah gangguan mental seperti tekanan ditempat kerja, tekanan keluarga, tekanan diadalam perhubungan atau tekanan kawan-kawan. Perasaan ketakutan atau cemas ini boleh menyebabkan hilangnya perasaan mengantuk dan ini menyebabkan seseorang itu susah untuk tidur atau sering terjaga diwaktu malam. Kemurungan juga boleh menjadi faktor penyebab kepada Insomnia yang teruk.

Selain gangguan mental, gangguan fizikal juga boleh menjadi faktor penyebab Insomnia seperti  menderita penyakit tertentu. Penyakit paru-paru, asma, gastrik atau tidak dapat bernafas dengan baik juga boleh  menjadi penyebab kepada penderitanya susah tidur.

Perubahan pola tidur seperti migrasi ke tempat lain yang mempunyai suhu yang berbeza juga boleh menjadi faktor penyebab gangguan tidur.

Cara pemakanan atau diet yang tidak sihat juga boleh mengganggu masalah tidur seperti makan terlampau banyak makan. Bagi sesetengah orang perut yang kenyang menyebabkan susahnya untuk tidur tetapi sesetengah pula senang untuk tidur. Makanan atau minuman  yang mengandungi kafein juga boleh menjadi faktor penyebab Insomnia.

Faktor persekitaran seperti keadaan tempat tidur yang panas, terlampau sejuk, kurang bersih atau pasangan yang berdengkur dengan kuat boleh menjadi penyebab hilangnya rasa mengantuk dan mengganggu tidur seseorang.

Cara Mengatasi Masalah Tidur ( Insomnia )

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tidur, salah satu melalui kaedah Akupuntur dan Homeopathy. Melalui kaedah Akupunktur ada beberapa titik yang perlu dirangsang menggunakan jarum akupunktur. Rangsangan dititik tertentu pada badan pesakit boleh mengurangkan atau menghilangkan terus penyakit Insomnia diikuti oleh pengambilan Homeopathic  Remedy (remedi homeopati).


NLH