BANDAR BARU BANGI

Perubatan Homeopathy berasal dari negara Germany dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahnemann pada tahun 1810. Perubatan Homeopathy pertama kali diperkenalkan di negara ini oleh Almarhum Prof Dr Sir Nik Omar, seorang pakar perubatan alternatif yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat.

Akupunktur pula adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus di tempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Allahyarham Prof Dr Nik Omar adalah orang melayu pertama yang memperkenalkan Perubatan Akupunktur di Malaysia.
[ Tel: +6018-2888 379 ]

Pusat Perubatan Homeopathy & Akupunktur ini ditubuhkan di Pusat Bandar Baru Bangi ialah bertujuan untuk memberi perkhidmatan Homeopati, Akupunktur & Perubatan alternatif terbaik untuk penduduk disekitar kejiranan Pusat Bandar Baru Bangi. Perkhidmatan Komuniti bagi penduduk di kejiranan Bangi, Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Sepang, Kajang, Ulu Langat, Dengkil, Sri Kembangan, Puchong, Cheras, Sungai Long, Semenyih. Sejak 20 tahun yang silam pesakit-pesakit kami dari kota-kota tersebut terpaksa mendapat rawatan homeopathy di kelinik kami di Kampong Baru, Kuala Lumpur yang agak jauh bagi mereka. Atas permintaan mereka maka kini kami menyediakan Pusat Perubatan ini di Bangi, agar senang bagi mereka berulang alik khusunya dalam mendapat rawatan homeopati dan akupunktur. Perlu diingatkan bahawa kumpulan pengamal perubatan Homeopathy di Pusat Perubatan kami terdiri dari pengamal-pengamal Melayu yang pakar dalam perubatan China Akupunktur. Jadi ini satu lagi kemudahan yang terdapat di kelinik kami, bagi mereka yang memerlukan khidmat 'Perubatan Akupunktur China' begitu juga dengan Rawatan Bekam, Sunnah Rasullullah. Kami juga menyediakan perkhidmatan tersebut dikelinik kami, sama ada Bekam Angin atau Bekam Darah.

Wednesday, August 28, 2013

TIPS UNTUK MENGURANGKAN KADAR KOLESTROL

Berikut ialah beberapa jenis buah atau makanan yang sesuai diamalkan untuk mengurangkan kandungan kolestrol dalam darah.

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lecithin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal hijau atau minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dalam badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS/KURMA
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

NLH